Have an account?
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

Thursday, 25 August 2011

PROGRAM KHATAM AL-QUR'AN DAN CERAMAH AMBANG AIDIL FITRI 2O11


Program tersebut telah berlangsung pada 25 Ogos 2011 bertempat di Dewan SMKAS. Satu ceramah agama telah disampaikan oleh Ust. HJ Omar Abdullah, Pengerusi PERKIM Cawangan Segamat. Tuan Pengetua yang menutup rasmi program Ihya' Ramadan tahun 2011 telah berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan dan aktiviti sepanjang program Ihya' Ramadan tahun  ini. Disamping itu tidak lupa juga kepada golongan pelajar yang susah dan anak yatim telah menerima sedikit infaq dari pihak sekolah.
KLIK untuk lihat foto berkaitan program

Friday, 19 November 2010

JAUHAR AN-NAFIS SMKA JOHOR 2010


Kejayaan merangkul JOHAN dalam 3 kategori dari lapan yang dipertandingkan dalam Huffazul Qur'an dan Naib Johan dalam Bicara Ad-Din serta diisytiharkan sebagai Tokoh Jauhar an-Nafis kategori Puteri telah menjadikan SMKA Segamat mengungguli program JAUHAR AN-NAFIS kali ke 2 yang berlangsung di SMKA bandar Penawar pada 10 November yang lepas. Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan kesungguhan sejak sebelum pertandingan lagi dengan persediaan yang rapi dan terancang. Peserta-peserta yang berjaya menjadi Johan untuk Kategori Huffaz ialah : Nurul Izzati (T2-P) Aina Wafi (T3-P) dan Nurul Ikmalina Syifa' (T4-P). Naib Johan Bicara Ad-Din (Ahmad Haziq-Nursyuhada-Nurul Aina Aman)
Nurul Aina juga telah diisytiharkan sebagai Tokoh Jauhar An-Nafis Kategori Puteri. Tahniah sekali lagi kepada semua peserta, guru pembimbing serta guru pengiring. Juga kepada Tuan Pengetua (Umi) atas kesudian dan kesanggupan bersama-sama mengikut rombongan peserta menaiki bas.
Sila Klik di sini untuk melihat gambar2 berkaitan yang lain.

Thursday, 19 August 2010

Mukhayyam 2

Kem B. Arab untuk T4 dan T5 telah diadakan di SMKAS pada 14-15 Ogos yang lepas. Program anjuran bersama dengan Penceramah dan Fasilitator dari KEMBAQ Maahad Ahmadi NS telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang sangat positif dari para peserta. Kursus yang diadakan selama dua hari tersebut telah mendedahkan kepada para peserta dengan kaedah bagaimana untuk membuat karangan dalam BA dengan baik dan betul. Peserta-peserta telah menunjukkan minat yang mendalam sepanjang kursus walaupun dalam bulan puasa. Terima Kasih kepada Penceramah iaitu Ust. Zulkarnain dan barisan fasilitator atas komitmen membimbing peserta sepanjang kursus. Perasmian penutup Kem telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Hajah Siti Esah binti Abd. Latif.

Wednesday, 21 July 2010

Ceramah Teknik Menjawab Soalan PSI

Ceramah ini telah disampaikan oleh Ust. Ahmad Naseh dari Maahad Muar pada 11 Julai 2010

Thursday, 20 May 2010

Peserta MTQ SMKAS

Majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta/pemenang MTQ Negeri Johor oleh Tuan Pengetua SMKAS, Uzh Hajah Siti Esah bt Abd. Latif.

Saturday, 15 May 2010

MTQ Johor 2010

PROGRAM SKOR A B.ARAB PMR




Program Skor A B. Arab untuk calon PMR telah diadakan pada 9 Mei 2010. Ust Aziz Yusof dari Pagoh, Muar telah dijemput untuk memberikan ceramah dalam program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.oo tgh.

Wednesday, 17 February 2010

Pembentangan PSI





Related Posts with Thumbnails