Have an account?

Friday 19 November 2010

JAUHAR AN-NAFIS SMKA JOHOR 2010


Kejayaan merangkul JOHAN dalam 3 kategori dari lapan yang dipertandingkan dalam Huffazul Qur'an dan Naib Johan dalam Bicara Ad-Din serta diisytiharkan sebagai Tokoh Jauhar an-Nafis kategori Puteri telah menjadikan SMKA Segamat mengungguli program JAUHAR AN-NAFIS kali ke 2 yang berlangsung di SMKA bandar Penawar pada 10 November yang lepas. Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan kesungguhan sejak sebelum pertandingan lagi dengan persediaan yang rapi dan terancang. Peserta-peserta yang berjaya menjadi Johan untuk Kategori Huffaz ialah : Nurul Izzati (T2-P) Aina Wafi (T3-P) dan Nurul Ikmalina Syifa' (T4-P). Naib Johan Bicara Ad-Din (Ahmad Haziq-Nursyuhada-Nurul Aina Aman)
Nurul Aina juga telah diisytiharkan sebagai Tokoh Jauhar An-Nafis Kategori Puteri. Tahniah sekali lagi kepada semua peserta, guru pembimbing serta guru pengiring. Juga kepada Tuan Pengetua (Umi) atas kesudian dan kesanggupan bersama-sama mengikut rombongan peserta menaiki bas.
Sila Klik di sini untuk melihat gambar2 berkaitan yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails