Have an account?

Thursday 19 August 2010

Mukhayyam 2

Kem B. Arab untuk T4 dan T5 telah diadakan di SMKAS pada 14-15 Ogos yang lepas. Program anjuran bersama dengan Penceramah dan Fasilitator dari KEMBAQ Maahad Ahmadi NS telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang sangat positif dari para peserta. Kursus yang diadakan selama dua hari tersebut telah mendedahkan kepada para peserta dengan kaedah bagaimana untuk membuat karangan dalam BA dengan baik dan betul. Peserta-peserta telah menunjukkan minat yang mendalam sepanjang kursus walaupun dalam bulan puasa. Terima Kasih kepada Penceramah iaitu Ust. Zulkarnain dan barisan fasilitator atas komitmen membimbing peserta sepanjang kursus. Perasmian penutup Kem telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Hajah Siti Esah binti Abd. Latif.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails