Have an account?

Thursday 27 May 2010

BAHAYA FITNAH

Hadis Huzaifah r.a katanya: 
Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda:
"Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah".


DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud

"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(HadisRiwayat Muslim) 

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W.

Bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasullullah S.A.W.

"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasullullah S.A.W.

Bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi." (Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)

Diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.

Maka, dia berkata kepada Allah:
"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab:
"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

p/s: Ilmu yang bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarkannya meskipun dia sudah mati. wallahualam"

Bahawa di dalam diri anda terdapat segumpal darah, yang apabila baik segumpal darah tersebut maka akan baiklah diri anda, namun apabila buruk segumpal darah tersebut, maka akan buruk pulalah diri anda, dan segumpal darah tersebut adalah hati…Al-Hadits

 Renunglah kata-kata Guru saya sebagai pedoman hidup anda:

Orang yang mempunyai karomah di MULUTnya, apa yang dia perkatakan akan menjadi kenyataan.
Tetapi orang yang MULUTnya masih kotor : suka berbohong, mengumpat, mencaci, menghina, mengutuk, merendahkan orang, suka berdebat, banyak cakap, banyak ketawa dan menyakiti hati orang, TIDAK MUNGKIN MEMILIKI karomah.

Dunia ini sudah banyak kerosakan. Kalau orang yang MULUTnya kotor mempunyai karomah, akan bertambah kacaulah kehidupan di bumi ini.

Orang yang mempunyai karomah di FIKIRANnya, apa yang dia fikirkan menjadi kenyataan.Tetapi orang yang FIKIRANnya masih kotor : suka memfitnah, membuka rahsia dan aib orang, mengadu domba, menipu, mereka cerita, menjatuhkan orang lain, ingin menang sendiri TIDAK MUNGKIN MEMILIKI karomah.

Dunia ini sudah banyak kerosakan. Kalau orang yang FIKIRANnya kotor mempunyai karomah, akan bertambah kacaulah kehidupan di bumi ini.

Orang yang mempunyai karomah di HATInya, apa yang dia inginkan akan menjadi kenyataan.Tetapi orang yang HATInya masih kotor :suka marah, benci membenci, dendam, irihati, sombong, angkuh, suka dipuji, cinta dunia, cinta pangkat TIDAK MUNGKIN MEMILIKI karomah.

Dunia ini sudah banyak kerosakan.Kalau orang yang HATInya kotor mempunyai karomah, akan bertambah kacaulah kehidupan di bumi ini.

Fii Sabilil Haq, Fastabiqul Khairaat.

(Dipetik dari Anugerah Agung Spiritual Development Centre)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails